Entertainment


DIPETIK DARI MAJALAH MANGGA
PENYANYI Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menganggap kontroversi yang berkaitan dengan  kekecewaan penyanyi Uji Rashid ekoran namanya digugurkan pada saat akhir bagi menyampaikan lagu Terukir Di Bintang pada Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27)  6 Januari lalu telah pun selesai.
Yuna berkata, isu itu selesai apabila pihak TV3 sendiri telah pun memberi penjelasan terperinci mengenai hal itu  dalam program Melodi , Ahad lepas. Yuna melihat perkara itu bukanlah perkara yang negatif  dan tak perlu lagi dipanjang-panjangkan.

YUNA AKUI MEMINATI SUARA UJI RASHID.
``Saya tidak ada rasa negatif dalam dalam isu ini. Bagi saya perkara ini kita yang rancang, jika terjadi sebaliknya, ada hikmah yang terjadi.
``Apa yang terjadi ini adalah di luar kawalan saya. Saya tak boleh nak buat keputusan kerana tidak ada di Malaysia ketika itu. Jadi, bila keadaan dah jadi begini, saya beri kepercayaan kepada pihak TV3 untuk melakukan yang terbaik.
``Memang pada awalnya saya mahu Uji Rashid menyanyikan lagu itu tapi semuanya di luar kawalan saya. Bagi saya, isu ini telah selesai dan tak payahlah dipanjang-panjangkan lagi dan saya melihatnya secara positif,'' kata Yuna ketika ditemui pada majlis kesyukuran laguTerukir Di Bintang yang dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 27 pada Ahad malam.
Kata Yuna, dia tidak punya sebarang masalah dengan Uji Rashid, malah telah menelefonnya bagi bertanya khabar.
``Saya memang menelefon dia dan bertanya khabar kerana diberitahu yang dia tak sihat. Dia pun faham tentang kejadian yang berlaku kerana saya tidak ada di Malaysia. Saya pun ada menjemput dia ke majlis ini tapi dia ada persembahan lain.'' kata Yuna.
Yuna memberitahu dia memang meminati suara Uji Rashid yang disifatkan sebagai klasik. Lagu kegemarannya ialah Ku Ingin Selalu Di Sampingmu.
Sambil berfikir di pondok durian , harap selesailah semuanya dengan baik.

No comments:

Post a Comment